Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa majlis sosial seperti majlis perkahwinan dan akad nikah di masijd, dewan, rumah dan sebagainya dengan kehadiran jumlah tetamu tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa adalah dibenarkan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Yaakub, berkata, ramai yang keliru dan menyangka majlis akad nikah masih menggunakan prosedur operasi standard (SOP) lama dengan had tetamu 20 orang saja.

"Mesyuarat khas menteri-menteri juga bersetuju untuk membenarkan jumlah tetamu tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa bagi majlis jamuan perkahwinan di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam.

“Had tetamu ini tertakluk kepada saiz keluasan dan kapasiti ruang serta pematuhan SOP berkaitan yang berkuatkuasa.

“Kebenaran jumlah tetamu ini juga diberi kepada majlis jamuan perkahwinan di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam,” katanya pada sidang media mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya, hari ini.