Malaysiakini
BERITA

Polis klasifikasi mayat separuh bogel dalam ladang kes bunuh

Diterbitkan
Dikemaskini 30 Jun 2020, 10:25 pagi

Polis mengklasifikasikan kes penemuan mayat seorang wanita separuh bogel dalam keadaan berulat dan kembung di sebuah ladang kelapa sawit, Jalan Bidor-Sungkai di Bidor semalam sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat berusia lingkungan 40-an itu di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh pagi tadi menemui kesan kecederaan tisu lembut disebabkan objek tumpul.

“Luka dialami si mati berpadanan dengan objek tumpul seperti penumbuk atau yang seumpama dengannya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata identiti mayat yang dijumpai oleh orang awam kira-kira pukul 1.45 tengah hari semalam itu belum dapat dikenal pasti dan polis percaya wanita terbabit dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di kawasan cerun ladang berkenaan.

Katanya, siasatan di tempat kejadian yang turut dihadiri pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak tidak menemukan sebarang senjata yang boleh dikaitkan dengan penemuan mayat itu dan polis sedang giat mengesan suspek.

Wan Azharuddin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

- Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.