Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rakyat Kelantan kian tak patuhi SOP PKPP, kata polis

Polis Kelantan mendapati tahap kepatuhan rakyat Kelantan terhadap perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) semakin menurun sejak seminggu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Hasanuddin Hassan, berkata tahap kepatuhan itu semakin berkurangan kepada 90 peratus sejak seminggu lalu, berbanding sebelum ini 95 peratus.

Jelasnya, kebanyakan yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) melibatkan kehadiran di kedai-kedai makan.

"Jika sebelum ini tahap kepatuhan sehingga 95 peratus, tetapi samakin berkurangan kepada 90 peratus. Bukan mereka tidak tahu SOP, namun sengaja tidak mengendahkan perkara itu.

"Jika di pasar raya kita boleh melihat mereka perlu menjalankan pemeriksaan suhu namun jika dilihat di kawasan luar bandar di kedai makan, mereka bergembira bertempuk tampar seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Perlu diingat bahawa kita masih dalam operasi Covid-19 dan tindakan saman serta kompauan masih boleh dilakukan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri (JKKN) yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob di Kota Bharu, hari ini.

Tambah Hasanuddin, setiap hari masih ada tangkapan atau kompaun dilakukan terhadap individu yang melanggar kesalahan SOP

"Sejak PKP dilaksanakan sehingga semalam, sebanyak 900 tangkapan dilakukan membabitkan pelbagai kesalahan.

"Justeru polis berharap agar rakyat di negeri ini dapat memberi kerjasama dan mematuhi peraturan dalam usaha kita mengekang wabak Covid-19," katanya.

Lihat Komen
ADS