Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lima kes baru Covid-19 babitkan rakyat Malaysia
Diterbitkan:  Jul 3, 2020 6:02 PM
Dikemaskini: 10:09 AM

Sebanyak lima kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi yang kesemuanya melibatkan rakyat Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada lima kes tersebut, tiga kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Manakala dua lagi kes merupakan penularan dalam negara.

"Kedua-dua kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia, iaitu dua kes saringan pra rujukan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

"Tiada kes di kalangan bukan warganegara dilaporkan pada hari ini," katanya dalam kenyataan.

Noor Hisham berkata sembilan kes telah pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini adalah sebanyak 81 kes.

Selain itu tiada kematian terbaru dilaporkan, dengan jumlah kematian masih kekal seramai 121 orang.

Noor Hisham berkata dua lagi pesakit masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Lihat Komen
ADS