Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saksi lihat ketuhar di bangunan konsulat Saudi dinyalakan
Diterbitkan:  Jul 4, 2020 1:07 PM
Dikemaskini: 5:07 AM

Seorang pekerja konsulat Arab Saudi di Istanbul memberitahu mahkamah Turki hari ini, dia diminta untuk menyalakan ketuhar kira-kira kurang dari sejam selepas wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi, memasuki bangunan tempat dia dibunuh, lapor Reuters.

Zeki Demir, seorang juruteknik tempatan yang bekerja dengan konsulat tersebut berkata demikian ketika memberikan keterangan pada hari pertama perbicaraan tanpa kehadiran (in absentia) 20 pegawai Arab Saudi berhubung pembunuhan Jamal.

Pembunuhan wartawan yang krtikal terhadap Riyadh itu mengejutkan dunia dan mencemarkan imej kerajaan Arab Saudi.

Menurut Zeki, dia dipanggil ke konsul itu selepas Jamal memasuki bangunan berdekatan untuk menguruskan dokumennya.

“Terdapat lima hingga enam orang di sana… Mereka meminta saya untuk menyalakan ketuhar. Terdapat situasi panik di situ,” katanya.

Untuk rekod, Jamal dilaporkan hilang selepas pergi memasuki konsulat tersebut bagi untuk mendapatkan dokumen yang berkaitan urusan perkahwinannya pada Oktober 2018.

Kelibatnya tidak pernah dilihat sesudah itu.

Sesetengah kerajaan Barat - serta Agensi Perisikan Pusat (CIA) - percaya bahawa Putera Mahkota Arab Saudi yang sangat berpengaruh ketika ini, Mohammed Salman, terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Riyadh bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Ankara pernah berkata bahawa salah satu teori yang diutarakan pihak polis mereka ialah, jasad Jamal dilenyapkan dengan membakarnya selepas dia dibunuh dengan dilemaskan dan mayatnya dikerat-kerat.

Menurut keterangannya, Zeki juga berkata, melihat ada banyak ketulan daging dan cebisan-cebisan kecil panggangan di ketuhar berkenaan.

Katanya permukaan sekitar ketuhar itu juga berubah warna, seolah-olah ia dibersihkan dengan bahan kimia.

Menurut pendakwaan itu, Zeki ada menawarkan bantuan di pintu garaj apabila sebuah kereta bercermin gelap tiba, tetapi diberitahu untuk beredar dari taman tersebut secepat mungkin. 

Lihat Komen
ADS