Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kompaun SKMM pada syarikat telekomunikasi cecah RM4.6 juta
Diterbitkan:  Jul 4, 2020 4:22 PM
Dikemaskini: 8:22 AM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mendedahkan telah mengeluarkan 92 kompaun berjumlah RM4.6 juta terhadap syarikat telekomunikasi pada dua suku pertama tahun 2020.

Ini jauh melebihi jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan oleh suruhanjaya itu terhadap syarikat telekomunikasi sepanjang tahun 2019, yang hanya berjumlah RM960,000 untuk 26 kompaun.

Dalam satu kenyataan, SKMM berkata bahawa kompaun tersebut adalah kerana pelbagai pelanggaran di bawah Seksyen 105 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1988, berkenaan dengan ketidakpatuhan terhadap standard wajib untuk kualiti perkhidmatan (MSQoS).

"Semua kompaun yang dikeluarkan meliputi kesalahan untuk prestasi penyelesaian aduan pengebilan, prestasi penyelesaian aduan bukan pengebilan dan standard prestasi pengendalian (talian hotline pelanggan)," kata kenyataan itu.

Daripada lima syarikat telekomunikasi yang terlibat, didapati bahawa Digi Telecommunications Sdn Bhd menerima kompaun tertinggi untuk tahun ini, berjumlah RM1.55 juta untuk 31 kompaun, diikuti oleh Maxis Broadband Sdn Bhd dengan RM1.4 juta (28 kompaun) dan Celcom Axiata Berhad (24).

Dua syarikat lain adalah TT dotCom Sdn Bhd dengan RM250,000 untuk lima kompaun dan Telekom Malaysia Bhd dengan RM200,000 untuk empat kompaun.

SKMM setiap kesalahan adalah tertakluk di bawah Seksyen 105 (3) CMA dan boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 untuk setiap kesalahan.

Lihat Komen
ADS