Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BN menang besar, kekal kuasai Chini
Diterbitkan:  Jul 4, 2020 8:16 PM
Dikemaskini: 2:02 PM

PRK CHINI | BN menang besar dalam pilihan raya kecil Chini mengalahkan dua calon bebas.

Mohd Sharim Md Zain daripada BN meraih 13,872 undi daripada keseluruhan 15,231 pemilih berdaftar yang keluar mengundi di kerusi DUN itu hari ini.

Parti pembangkang tidak mengambil bahagian dalam PRK yang diadakan ketika wabak Covid-19 yang menyaksikan SOP batasan berkempen.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata peratusan keluar mengundi sebanyak 73.87 peratus. Terdapat 239 undi rosak.

Calon bebas PRK Chini Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli masing-masing mendapat 1,222 dan 137 undi.

Tengku Zainul ialah timbalan ketua Bersatu Bahagian Pekan tetapi secara automatik dipecat kerana melanggar perintah partinya untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil ini.

Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad, yang mengetuai satu lagi kem Bersatu yang tidak berpihak kepada PN, telah menyokong Tengku Zainul.

Menariknya Tengku Zainal menang lebih banyak undi daripada yang pernah diraih PKR pada PRU14, walaupun sebelum pengiraan undi berakhir.

Pada pilihan raya 2018, Abu Bakar Harun dari Umno yang mewakili BN di Chini menang dengan 10,027 undi berbanding PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim 5,405 undi. 

Calon PKR, Mohamad Razali Ithnain menduduki tempat ketiga dengan 1,065 undi.

PAS dan Umno kini sebahagian daripada kerajaan PN. Pilihan raya kecil diadakan setelah Abu Bakar, 60 meninggal dunia pada 7 Mei. Hari penamaan calon pada 18 Jun lalu dan kempen berlangsung selama dua minggu.

 

Lihat Komen
ADS