Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dua hari sifar penularan tempatan, hanya 6 kes import - KP KKM
Diterbitkan:  Jul 9, 2020 6:22 PM
Dikemaskini: 10:31 AM

Usaha mengekang penularan Covid-19 di negara ini terus menunjukkan hasil yang baik apabila sifar kes penularan tempatan direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, iaitu hari kedua berturut-turut.

Tiada kematian baru turut direkodkan dalam tempoh sama, menjadikan jumlah kumulatif kes maut akibat wabak itu kekal 121 kes untuk hari ke-24 berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata hanya enam kes baharu dilaporkan hari ini, kesemuanya kes import iaitu lima warga tempatan dan satu bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia ialah sebanyak 8,683 kes, sementara jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 ialah 63 kes,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata terdapat 13 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 8,499 kes atau 97.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

- Bernama

 


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.



 

Lihat Komen
ADS