Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahathir genap 95 tahun hari ini
Diterbitkan:  Jul 10, 2020 12:38 PM
Dikemaskini: 4:53 AM

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini genap usia 95 tahun.

Dilahirkan pada 10 Julai 1925, Mahathir adalah satu-satunya ahli politik di negara ini yang pernah memegang jawatan eksekutif tertinggi negara itu dua kali dalam sejarah, dan juga pemegang rekod sebagai perdana menteri tertua ketika dia dilantik semula pada Mei 2018.

Beliau juga merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat di Malaysia setakat ini, bertahan dalam lima pilihan raya umum sebagai pengerusi BN yang membolehkannya kekal berkuasa selama 22 tahun sebelum mengundurkan diri pada tahun 2003.

Mahathir kembali berkuasa setelah mengetuai pakatan pembangkang Pakatan Harapan (PH) dan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menentang BN pada Mei 2018.

PRU14 merupakan kali pertama BN kehilangan kuasa persekutuannya setelah 60 tahun.

Namun, selepas 22 bulan mentadbir, kerajaan PH digulingkan dalam kudeta politik melalui "Langkah Sheraton" yang menyaksikan Mahathir melepaskan jawatan kerana telah kehilangan sokongan majoriti anggota parlimen.

Peristiwa itu juga menyaksikan kedudukannya sebagai pengerusi Bersatu, parti yang diasaskannya pada tahun 2016.

Presiden parti itu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mengetuai "Langkah Sheraton" mendakwa Mahathir hilang kelayakan sebagai anggota Bersatu kerana melanggar perlembagaan parti apabila memilih untuk duduk bersama pembangkang semasa sidang parlimen 18 Mei.

Mahathir berusaha untuk kembali menerajui negara sebagai perdana menteri untuk kali ketiga bersama PH.

Namun, tawaran Mahathir untuk menjadi perdana menteri buat kali ketiga tidak dipersetujui oleh PKR yang akhirnya PH kembali kepada landasan mengangkat presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.

Bekas presiden Umno itu berkahwin dengan Siti Hasmah Mohamad Ali selama 64 tahun (sejak 1956) dan dikurniakan tujuh orang cahaya mata.

Antara anak-anak mereka termasuk bekas menteri besar Kedah, Mukhriz; aktivis sosial Marina yang terkenal; dan ahli perniagaan Mokhzani.

Sementara itu, seorang pembantu kepada Mahathir pagi ini menyampaikan penghormatan kepadanya dalam ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada ahli politik itu.

Malek Redzuan, yang berada dalam pasukan media Mahathir, menyatakan penghargaannya kerana diberi peluang untuk bekerja dan belajar daripada individu berpengalaman itu.

"Jadi, dia hidup sejak tahun 1925, yang bermaksud dia telah melalui empat raja Inggeris, 16 raja Melayu, 16 presiden AS, empat maharaja Jepun dan lapan perdana menteri Malaysia. Dan tentu saja dia telah melihat masa ketika Tanah Melayu berada di bawah British, ketika Tanah Melayu berada di bawah Jepun, masa Tanah Melayu, penolakan orang Melayu terhadap Malayan Union, pembentukan Persekutuan Malaysia, pemisahan Singapura dari Malaysia, sehingga hari ini.

"Ini bermakna apa yang saya lihat dengan mata saya tidak hampir dengan pengalaman Tun M. Oleh itu, saya tidak sehebat beliau.

"Saya harap saya akan terus mendapat kesempatan dan waktu ini untuk belajar dari Mahathir. Betul apa yang orang katakan kepada saya, tidak semua orang dapat mendekati dan belajar secara langsung dengan seorang nasionalisme," katanya dalam catatan Facebooknya.

‘Happy birthday, sir’ - Najib

Sementara itu, mantan perdana menteri Najib Abdul Razak, yang menjadi perdana menteri terakhir sebelum BN jatuh kepada PH turu merakamkan ucapan hari lahir kepada Mahathir.

"Happy 95th birthday, sir.

“Semoga Tun Dr Mahathir dilimpahkan rahmat, ketenangan, kesihatan dan dilanjutkan usia," tulis Najib di Facebooknya, hari ini.

Orang kuat Mahathir, A Kadir Jasin, dalam ucapan selamat ulang tahunnya kepada pemimpin politik itu dengan memetik ungkapan dari penulis terkenal Lubnan-Amerika, Khahlil Gibran.

"Perkara-perkara yang disukai kanak-kanak itu tetap berada di dalam hati hingga usia tua. Perkara yang paling indah dalam hidup ialah jiwa kita tetap berlegar di tempat-tempat di mana kita pernah menikmati diri kita. Saya adalah salah seorang yang mengingati tempat-tempat itu tanpa mengira jarak atau masa "- Khahlil Gibran.

"Selamat Hari Lahir ke-95 Dr Mahathir bin Mohamad. Tuhan memberkati."

 Untuk rekod, Mahathir mempunyai dua tarikh lahir.

Menurut pembantunya, 10 Julai 1925 adalah tarikh sebenar ketika Mahathir dilahirkan, sementara yang lain, 20 Dis tahun yang sama adalah tarikh ketika bapa Mahathir mendaftarkan kelahirannya.

Lihat Komen
ADS