Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafidah: GLC bukan untuk dijadikan lubuk duit
Diterbitkan:  Jul 11, 2020 2:49 PM
Dikemaskini: 6:53 AM

Bekas menteri kanan Rafidah Aziz menyatakan kekecewaan terhadap keadaan semasa dalam negara yang dianggap beliau sebagai tiada kepemimpinan.

"Tidak ada yang terhasil... kita belum dapat lihat apa-apa.

"Semua orang masih berebut-rebut kerusi dan (kedudukan) pimpinan, tetapi tidak ada sesiapa mahu memiliki kepimpinan atau menunjukkan (kemampuan) memimpin sebab mereka memang tidak memilikinya," kata Rafidah dalam suatu forum disiar secara langsung di Facebook malam tadi.

Turut menjadi panel ialah Anggota Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Bekas ketua Wanita Umno itu juga menyatakan rasa sedih apabila melihat keadaan politik yang menampakkan semua pihak berebut-rebut sehingga menjejaskan negara dan rakyat.

Turut mendapat perhatian beliau ialah tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) meletakkan ahli politik bagi menggantikan tokoh profesional di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"GLC tidak sepatutnya menjadi lubuk duit untuk ahli politik.

"Ia juga tak sepatutnya diagih-agihkan kepada kroni untuk mereka bebas melakukan apa yang mahu," katanya lagi.

Menurut Rafidah, tindakan PN menyingkirkan individu yang menunjukkan prestasi baik dalam GLC dan menggantikan mereka dengan ahli politik penyokong kerajaan adalah mengejutkan.

"Membuang mereka begitu saja, ketika sudah separuh jalan, tanpa diberitahu, pada saya ini satu pengkhianatan kepada negara, sebab kita mengharap kepada orang yang terbaik.

"Sebab itu saya gunakan perkataan kepemimpinan, bukan pemimpin," katanya.

Untuk rekod Perdana Menteri Muhyiddin Yassin - dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukannya - melantik ramai anggota parlimen yang menyokong PN untuk mengetuai GLC.

Sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH) gabungan itu membawa tokoh profesional untuk mengetuai kebanyakan GLC.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS