Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
IGP: Portal muafakatnasional.net dalang hantaran berbaur hasutan 'Hannah Yeoh'

Polis mengenal pasti dalang yang memuat naik hantaran berbaur hasutan yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

Katanya Abdul Hamid, siasatan awal polis mendapati hantaran berunsur fitnah itu tiada kaitan dengan Ahli Parlimen Segambut berkenaan, sebaliknya dilakukan oleh portal muafakatnasional.net.

"Siasatan mendedahkan hantaran yang menjadi fakta isu dalam kes ini ialah daripada poster yang dibuat oleh muafakatnasional.net dan bukannya daripada Twitter atau Facebook milik Hannah Yeoh.

"Keterangan suspek telah dirakam dan gajet yang dipercayai digunakan untuk memuat naik poster itu juga telah dirampas,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman, hari ini.

Kes disiasat menurut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988.

Pada 23 Jun lepas, Yeoh dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung catatan yang dimuat naik menerusi laman sosialnya yang antara lain didakwa mempersoalkan status Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur.

- Bernama

Lihat Komen
ADS