Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Fuziah Salleh dilantik sebagai ketua wanita PKR
Diterbitkan:  Jul 11, 2020 9:35 PM
Dikemaskini: 1:35 PM

Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dilantik sebagai Ketua Wanita PKR yang baru selepas bekas penyandangnya Haniza Talha dipecat PKR dua minggu lalu.

Fuziah mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi Malaysiakini.

“Tadi mesyuarat yang dipanggil oleh penasihat parti (Dr Wan Azizah Wan Ismail) dengan pimpinan wanita dan juga taskforce (jawatankuasa) wanita untuk umumkan lantikan,” katanya.

Difahamkan lantikan tersebut diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Untuk rekod, Fuziah tewas kepada Haniza dalam pemilihan parti pada tahun 2018 selepas hanya meraih 47 peratus undi.

Selepas Haniza dipecat, pengerusi PKR Pahang itu antara empat calon yang dinamakan untuk menggalas jawatan ketua wanita parti.

Selain beliau ialah Rodziah Ismail, Elizabeth Wong dan Gan Pei Nei.

Jawatan timbalan wanita PKR juga kosong susulan peletakan jawatan Dr Doroyah Alwi.

Haniza dan Daroyah merupakan penyokong setia bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali, yang kini bersama Bersatu. 

Lihat Komen
ADS