Malaysiakini
BERITA

Mampukah PN bertahan, soal ketua Pemuda Umno

Diterbitkan
Dikemaskini 13 Jul 2020, 9:26 pagi

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki membangkitkan persoalan sama ada kerajaan Perikatan Nasional (PN) mampu bertahan.

Perkara itu diketengahkan selepas PN hanya menang tipis dalam usul menyingkirkan Speaker Mohamad Ariff Md Yusof di parlimen hari ini.

Dalam undian itu, seramai 111 daripada ahli parlimen menyokong usul menggugurkan speaker manakala 109 lagi menolak usaha itu.

“Usul tukar speaker lulus dengan majoriti tipis.

“Mampukah kerajaan PN ini bertahan?” soalnya di Twitter, sambil memuatkan angka undian, termasuk satu undi berkecuali dan satu undi tidak dibuat kerana anggota parlimen berkaitan tidak hadir.

 Semalam, Asyraf mencadangkan parlimen dibubarkan sekiranya usul yang dikemukakan oleh Muhyiddin Yassin gagal.

"Jika gagal, bermakna kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah tidak lagi memiliki legitimasi dan majoriti untuk meneruskan hayat pentadbiran yang ada.

"Maka kerajaan tiada pilihan lain melainkan mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen," katanya

Muhyiddin sdilihat mempunyai 113 sokongan ahli parlimen menerusi jumlah keseluruhan 222 dalam Dewan Rakyat.

Anggota parlimen Kota Marudu Maximum Ongkili, yang tidak hadir hari ini, juga menyokong Muhyiddin.

Anggota Parlimen Batu Pahat Rashid Hasnon tidak mengundi kerana mempengerusikan dewan sebagai timbalan speaker.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.