Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Covid-19: Jangkitan tempatan kembali sifar
Diterbitkan:  Jul 14, 2020 6:09 PM
Dikemaskini: 10:34 AM

Tidak ada jangkitan tempatan yang dilaporkan hari ini, selepas kemunculan selama empat hari berturut-turut.

Semua empat kes baru hari ini adalah kes yang diimport, iaitu yang dijangkiti di luar negara. Daripada kes yang diimport itu, tiga adalah rakyat Malaysia, dan satu daripadanya bukan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah juga mengumumkan terdapat empat pemulihan, menjadikan jumlah kes aktif sebanyak 83 manakala jumlah kumulatif pula sebanyak 8,524 kes.

Katanya, enam kes sedang dirawat di ICU, dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Tidak ada kematian baru yang dilaporkan.

“Terdapat dua lagi kes positif Covid-19 dikesan dalam kluster PUI Novgorod. 1 kes merupakan kontak rapat kes indeks kluster ini yang telah dikesan hasil siasatan lanjut kes positif Covid-19 sedia ada.

“Satu lagi kes adalah kes baru hari ini (iaitu kes import Russia – kes 8727),” katanya.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini seramai lima individu sudah dijangkiti di dalam kluster berkenaan.

"Satu kes yang dikesan itu adalah kontak rapat kepada kes indeks kluster ini iaitu kes ke 8,673. Beliau ini dikesan positif hasil daripada siasatan lanjut yang dijalankan kepada kes positif sedia ada.

"Bagi kes kedua pula, beliau adalah kes baharu yang dilaporkan hari ini iaitu kes import dari Russia dan tiba di negara ini semalam (13 Julai).

"Beliau juga adalah kontak rapat kepada kes ke 8,673 dan 8,718 di Novgorod, Rusia," katanya.

 

Lihat Komen
ADS