Malaysiakini
BERITA

292 mangsa banjir di tiga negeri

Diterbitkan

Sejumlah 292 mangsa banjir daripada 73 keluarga kini berada di enam pusat pemindahan di tiga negeri setakat 4 petang ini, demikian menurut laporan terkini situasi banjir yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Menurut laporan itu, Selangor membuka empat pusat pemindahan bagi menempatkan mangsa banjir hari ini manakala Melaka dan Perak masing-masing membuka satu pusat pemindahan.

"Keempat-empat pusat pemindahan banjir di Selangor ialah di daerah Sepang dengan jumlah keseluruhan 219 mangsa banjir daripada 55 keluarga ditempatkan," katanya.

Laporan itu menyebut empat pusat pemindahan banjir di Sepang ialah Dewan Orang Ramai Jenderam Hilir, Dewan Orang Ramai Dengkil, Dewan Orang Ramai Taman Gemilang dan Sekolah Rendah Agama Dengkil.

Pusat pemindahan banjir di Melaka pula ialah di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, Jasin yang dibuka pada 14 Julai dan kini menempatkan 29 orang daripada tujuh keluarga manakala di Perak, pusat pemindahan banjir ialah Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan yang dibuka sejak 17 Julai dan kini menempatkan 44 orang daripada 11 keluarga.

Menurut laporan itu, pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Parit Keroma Darat di Muar, Johor yang dibuka pada 13 Julai lepas, ditutup hari ini.

- Bernama

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.