Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K’jaan komited dapatkan semula aset 1MDB - Tengku Zafrul
Diterbitkan:  Jul 20, 2020 12:36 PM
Dikemaskini: 4:36 AM

Mendapatkan semula aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara berkesan tetap menjadi keutamaan kerajaan Malaysia, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata dalam menzahirkan objektif tersebut, kerajaan telah mengambil tindakan proaktif merentasi pelbagai negara dan organisasi.

“Diketuai oleh Jabatan Peguam Negara, kerajaan juga sedang mengadakan perbincangan dan rundingan dengan pelbagai organisasi antarabangsa, termasuk Goldman Sachs Group Inc,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata minggu ini, perwakilan kanan dari Goldman Sachs Group Inc. telah hadir ke Malaysia untuk meneruskan perbincangan dan rundingan dengan kerajaan.

“Kami berharap perbincangan ini akan membuahkan hasil dan membolehkan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat mengenai pemulangan aset 1MDB kepada Malaysia.

“Lebih penting ialah komitmen penuh kerajaan untuk memastikan pemulangan aset 1MDB kepada Malaysia,” katanya, sambil menambah kerajaan mengambil pelbagai tindakan dan langkah untuk memastikan nilai pemulihan yang adil dan wajar bagi rakyat Malaysia.

- Bernama

Lihat Komen
ADS