Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gaji saya di Prasarana RM8,000 saja - Tajuddin
Diterbitkan:  Jul 20, 2020 1:30 PM
Dikemaskini: 5:43 AM

Anggota parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman berkata gajinya sebagai pengerusi Prasarana cuma RM8,000 saja.

“Tak ada hal. Kita sangat telus.

“Lapan ribu saja,” katanya ketika menjawab soalan Akmal Nasir (PH-Johor Bahru).

Akmal sebelum ini mendakwa terdapat kira-kira 50 lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan purata gaji RM50,000, tidak termasuk elaun.

Akmal Nasir 

Justeru, dakwanya, kerajaan terpaksa membayar kos sebanyak RM25 juta setahun untuk bayaran itu.

“Ini fitnah, tohmahan berat dan jahat,” kata Tajuddin ketika perbahasan titah diraja.

Beliau juga berkata gaji Pengerusi Uda Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) juga sebanyak RM8,000 sebulan.

“Saya sekarang sebut dua tak betul. Mungkin ramai lagi yang tak betul itu,” katanya.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) pada 13 Mei lalu mengumumkan pelantikan Tajuddinse bagai pengerusi kumpulan berkuat kuasa 11 Mei.

Tajuddin menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Zaharah Ibrahim, yang meletakkan jawatan pada 7 Mei lalu.

Prasarana memaklumkan pelantikan Tajuddin dibuat berdasarkan pengalamannya dalam dunia korporat selain pernah menerajui beberapa GLC.

Tajuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pernah menjadi timbalan menteri pertanian dan asas tani antara 2013 dan 2018 semasa pentadbiran BN.

Lihat Komen
ADS