Malaysiakini
BERITA

Tiada keperluan sembahyang Jumaat 2 sesi, kata mufti Kelantan

Bernama

Diterbitkan

Sembahyang Jumaat tidak perlu dilaksanakan secara dua sesi di Kelantan ketika tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) kerana jumlah masjid sedia ada mencukupi.

Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad berkata sembahyang Jumaat dua sesi hanya untuk negara-negara yang tidak mempunyai bilangan masjid yang cukup bagi melaksanakan ibadat itu secara serentak dalam keadaan jarakan sosial, namun di Kelantan, malah di seluruh negara, jumlahnya mencukupi.

"Kelantan sendiri mempunyai 603 buah masjid dan jumlah itu setakat ini mampu menampung jemaah terutamanya bagi melaksanakan sembahyang Jumaat. Tidak perlu dua sesi...di Kelantan dan seluruh negara, cukup hanya satu sesi sahaja seperti biasa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri baru-baru ini dilaporkan berkata Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan sembahyang Jumaat kekal dilaksanakan dalam satu sesi sahaja.

Bagaimanapun, mesyuarat itu juga sedia maklum setiap negeri mempunyai hak untuk melaksanakan sembahyang Jumaat dua sesi jika pihak majlis agama negeri mahu ia dilaksanakan.

-Bernama

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.