Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah tolak permohonan Ahmad Maslan batalkan pertuduhan

Setiausha Agung Umno, Ahmad Maslan, gagal dalam cubaannya untuk membatalkan pertuduhan ke atas beliau membabitkan pengubahan wang haram dan memberi keterangan palsu.

Keputusan itu dibuat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.

Pada 21 Jan lalu, Ahmad mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal mengisytiharkan wang bernilai RM2 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Wang berkenaan didakwa diterima daripada bekas perdana menteri Najib Razak.

Ahmah yang juga anggota parlimen Pontian turut didakwa kerana memberi pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau kemudian mengemukakan permohonan ke mahkamah pada 21 Feb bagi membatalkan pertuduhan berkenaan.

Keputusan berkenaan dibuat hakim Azman Ahmad sebentar tadi.

Kata Azman, beliau berpuas hati untuk mendapati permohonan difailkan Ahmad adalah pramatang.

Beliau juga berpendapat pertuduhan yang dihadapi Ahmad, 54, tidak cacat dan berasas.

Sementara itu peguam bela Ahmad, Hamidi Mohd Noh, memberitahu mahkamah pihaknya akan mengemukakan rayuan bagi keputusan hari ini.

Azman kemudian menetapkan tarikh bagi perbicaraan kes berkenaan dijalankan pada 1, 2, 16 dan 23 Okt, kemudian disambung ke 6 Nov dan 24 Dis.

Beliau juga menetapkan 4 Sept sebagai tarikh sebutan kes.

Siti Noor Hafizan Zakaria bertindak sebagai timbalan pendakwa raya.

[Baca berita penuh] 

Lihat Komen
ADS