Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Warga Bangladesh yang diburu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Md Rayhan Kabir, ditahan agensi terbabit petang semalam.

Dia dikehendaki pihak berkuasa berkenaan untuk membantu siasatan berkaitan dokumentari Locked Up in Malaysia's Lockdown sebelum ini.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid yang mengesahkan perkara itu berkata, suspek berusia telah diserahkan kepada pihak polis pada pukul 6 petang semalam.

“Ya, betul telah ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.. jam 6 petang tadi,” katanya ringkas kepada Bernama di sini, malam tadi.

Jabatan Imigresen Malaysia sebelum ini memohon bantuan orang awam menjejak individu berkenaan yang alamat terakhirnya di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9, Menara Uncang Emas, di Jalan Loke Yew Kuala Lumpur, bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Sebelum ini, media melaporkan Rayhan membuat dakwaan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan Covid-19 dalam dokumentari terbitan Al Jazeera.

Susulan itu, polis memulakan siasatan terhadap stesen penyiaran antarabangsa itu selepas penyiaran dokumentari berkenaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS