Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Covid-19: Hari kedua catat lebih 20 kes
Diterbitkan:  Jul 25, 2020 5:30 PM
Dikemaskini: 10:15 AM

Sebanyak 23 lagi kes baru Covid-19 dilapor setakat jam 12 tengah hari tadi, yang menyaksikan hari kedua berturut-turut jumlah kes positif merekodkan lebih 20 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan daripada jumlah itu, 17 kes merupakan penularan dalam negara, manakala enam kes adalah kes import.

"Daripada 17 kes penularan dalam negara, 10 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala tujuh kes adalah di kalangan bukan warganegara," katanya dalam satu kenyataan.

Kes import pula membabitkan empat warganegara dan dua bukan warganegara yang masuk dari Singapura (3 kes), Indonesia (1 kes), Filipina (1 kes) dan Rusia (1 kes).

Kes jangkitan dalam negara di kalangan bukan warganegara membabitkan satu kes di Wilayah Persekutuan, dua kes di Selangor dan empat kes di Johor.

Kes penularan dalam negara di kalangan warganegara pula membabitkan dua kes di Johor dan lapan kes di Sarawak.

Menurut Dr Noor Hisham, ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 167 kes, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 8,884 kes.

"Sehingga kini, hanya tiga kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana dua kes memerlukan bantuan pernafasan," kata Noor Hisham sambil menambah tiada kes kematian dilaporkan hari ini. 



Lihat Komen
ADS