Covid-19: Jumlah kematian di seluruh dunia lepasi 650,000
Diterbitkan: Jul 28, 2020 11:34 AM
GLOBAL l Angka korban Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 650,029 pada 2:00 (1800 GMT), Isnin, menurut data Johns Hopkins University.
Sementara itu, jumlah kes jangkitan pula meningkat kepada 16,330,977, lapor agensi berita Xinhua.
Amerika Syarikat melaporkan kes dan kematian paling ramai, masing-masing berjumlah 4,262,674 dan 147,143. Brazil, Britain, Mexico, Itali, Perancis, Sepanyol, dan India pula mencatatkan jumlah kematian melebihi 20,000.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.