Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Kalau kami dikuarantin, Dr M pun kena kuarantin’
Diterbitkan:  Jul 29, 2020 1:36 PM
Dikemaskini: 5:42 AM

Anggota parlimen BN yang menghadiri perhimpunan menyokong Najib Razak di mahkamah semalam berkata pembangkang berat sebelah dalam isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial.

Jawapan itu dikemukakan selepas RSN Rayer (PH-Jelutong) bertanya sama ada anggota parlimen yang hadir dalam perhimpunan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam perlu dikuarantin.

Rayer menamakan Ahmad Maslan (BN- Pontian), Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) dan Noh Omar (BN-Tanjung Karang).

“Saya hendak bertanya, adakah mereka perlu menjalani kuarantin? Kerana kita sekarang terdedah (dengan Covid-19).

“Orang di luar sana mahu tahu. Mereka tanya saya adakah SOP untuk orang biasa sahaja?

“Bagaimana dengan ahli parlimen kerajaan,” tambah Rayer.

Ahmad dan Noh dilihat memakai penutup muka menerusi gambar pada himpunan tersebut.

Gambar Azeez  kelihatan tidak memakai pelitup muka ketika gambar diambil. Tidak pasti sama ada mereka menanggalkannya sebentar.

 Speaker Azhar Harun bagaimanapun berkata selagi tiada gejala, ahli parlimen tidak boleh dihalang untuk memasuki Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, dia menasihati wakil rakyat supaya berhati-hati dan mematuhi SOP penjarakan sosial.

Kemudian, Ahmad berdiri dan berkata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi), Mukhriz Mahathir (Bebas-Jerlun), Amiruddin Hamzah (Bebas-Kubang Pasu) dan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) juga telah menghadiri perhimpunan ramai tanpa penjarakan sosial.

“Adakah mereka juga perlu kuarantin jika saya harus kuarantin?” tanya Ahmad.

Azeez kemudian mencelah dengan berkata bahawa Rayer membuat dakwaan berat sebelah.

Ahmad merujuk kepada program “Bersatu blackout” di Alor Setar pada 18 Julai lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan kekecewaannya terhadap "ketiadaan kawalan diri" yang ditunjukkan oleh orang ramai yang berkumpul di kompleks mahkamah Kuala Lumpur pagi ini.

"Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya 1 meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan.

"Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri," katanya dalam kenyataan di Twitter.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan kekecewaannya terhadap "ketiadaan kawalan diri" dalam perhimpunan itu.

Malaysia semalam kembali mencatatkan kes harian dua digit dengan 39 kes baru - jumlah tertinggi sejak 15 Jun (41 kes).

Lihat Komen
ADS