Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pos Malaysia gantung khidmat mel, bungkusan antarabangsa
Diterbitkan:  Jul 31, 2020 3:28 PM
Dikemaskini: 7:28 AM

Pos Malaysia akan menghentikan sementara perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa serta Express Mail Service (EMS) ke semua destinasi antarabangsa kecuali Singapura mulai 3 Ogos ini sehingga diberitahu kelak.

Dalam satu kenyataan, Pos Malaysia memaklumkan langkah berkenaan diambil disebabkan impak Covid-19 yang mengakibatkan tahap sekatan yang berbeza di negara-negara destinasi terhadap penerbangan, penutupan lapangan terbang dan perkhidmatan rentas sempadan.

Maklumat terkini boleh didapati dari semasa ke semasa melalui laman web dan platform media sosial rasmi POS Malaysia.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui AskPos di www.pos.com.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS