Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

KORONAVIRUS | California - negeri paling terjejas akibat Covid-19 di Amerika Syarikat - menyaksikan lonjakan kes baru sebanyak 9,032 pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua yang memetik Jabatan Kesihatan Awam pada Ahad.

Dengan jumlah penduduk sekitar 40 juta orang California terus mencatatkan peningkatan kes yang disahkan.

Sehingga kini ia melepasi setengah juta atau 509,162 orang, menurut laporan harian jabatan terbabit.

Dalam tempoh 24 jam lalu, 132 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah korban seramai 9,356 orang.

Sementara itu, sejumlah 8,035,975 ujian saringan Covid-19 sudah dijalankan.

"Disebabkan peningkatan jumlah saringan, dijangkakan bilangan kes juga akan meningkat," kata pihak berkuasa itu.

Purata jumlah kes sehari ialah 7,929. Pada minggu lalu jumlah kes disahkan di California sudah mengatasi New York.

- Bernama

Lihat Komen
ADS