Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K’jaan tak teruskan kes pertikaian penyelesaian IMDB-Ipic di UK?
Diterbitkan:  Aug 3, 2020 2:00 PM
Dikemaskini: 6:11 AM

Kerajaan digesa mengesahkan laporan yang mendakwa kes terhadap syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (Ipic), berkaitan pertikaian penyelesaian bernilai lebih AS$5.87 bilion (RM24.8 bilion) telah digugurkan.

Pemimpin pembangkang Tony Pua membangkitkan perkara itu selepas Sarawak Report melaporkan dakwaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memutuskan tidak meneruskan prosiding terhadap Ipic di United Kingdom setelah mengambil kita rundingan diplomatik dengan kerajaan Abu Dhabi.

“Kementerian Luar Hishamuddin Hussein mesti mengesahkan sama ada kerajaan Malaysia sudah memberhentikan prosiding mahkamah terhadap Ipic untuk mendapatkan kembali kerugian 1MDB,” kata Pua.

Kerajaan lama memfailkan cabaran itu atas dakwaan terdapat unsur penipuan yang dikaitkan dengan Najib Razak dan beberapa pihak untuk menutup skandal 1MDB.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS