Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: Dua kes baru warga tempatan
Diterbitkan:  Aug 3, 2020 5:19 PM
Dikemaskini: 10:03 AM

Setakat tengah hari tadi, Malaysia mencatatkan dua kes baru Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan sebanyak 9,001 kes.

Kedua-dua kes baru itu merupakan jangkitan dalam negara melibatkan warga tempatan. Tiada kes import dilaporkan.

Kes terbaru itu masing-masing dicatat di Kedah, yang merupakan sebahagian Kluster PUI Sivagangga dan satu kes di Labuan yang dikesan dari saringan di lapangan melibatkan pelajar kolej.

Sebanyak empat lagi pesakit pulih, menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh adalah 8,668 kes atau 96.3 peratus.

Perkembangan ini menjadikan kes aktif Covid-19 ketika ini ialah 208 kes.

Kesemua mereka sudah diasingkan dan kini dirawat di hospital. Seorang pesakit dirawat di unit rawatan rapi tanpa memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah korban Covid-19 di Malaysia kekal 125.

[Berita lanjut menyusul]



 


Lihat Komen
ADS