Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerajaan luluskan pelaksanaan pembinaan LPT3

Pelaksanaan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) telah diluluskan dengan kos kerja-kerja awalan keseluruhan berjumlah RM35 juta.

Menteri Kanan Infrastruktur yang juga Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof berkata, ia diluluskan menerusi satu surat bertarikh 3 Julai 2019 daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri.

Menurutnya, kerja awalan projek tersebut telah bermula pada Ogos 2020 dan dijangka siap April 2022.

"Oleh yang demikian, hala tuju, skop dan tarikh pelaksanaan bagi projek LPT3 ini hanya dapat dimuktamadkan setelah laporan kerja awalan bagi projek ini diperoleh," katanya menggulung perbahasan usul titah Yang di-Pertuan Agong, bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 7 Mac 2019, Menteri Hal Ehwal Ekonomi (ketika itu) Mohamed Azmin Ali (kini Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) telah mengumumkan lima projek yang diluluskan di Kelantan iaitu antaranya pembinaan LPT3 sejauh 150 kilometer (km) bermula dari Gemuroh, Terengganu ke Tumpat, Kelantan.

Sementara itu, berhubung projek laluan ‘Central Spine Road’ (CSR), Fadillah berkata ia dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan keutamaan kepada aspek keselamatan, kesesakan lalu lintas dan kesinambungan jajaran.

Menurutnya sehingga kini, jajaran sepanjang 224km telah diluluskan untuk pelaksanaan iaitu 165.1km di Pahang (Pakej 3, 4 dan 5) dan 58.9km di Kelantan (Pakej 2 dan 3).

-Bernama

Lihat Komen
ADS