Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Covid-19: 15 kes baru, termasuk enam lagi kluster nasi kandar
Diterbitkan:  Aug 6, 2020 5:18 PM
Dikemaskini: 10:43 AM

Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 15 kes baru Covid-19 yang dicatatkan setakat tengah hari tadi, termasuk lima kes import dan sepuluh dijangkiti melalui penularan tempatan.

Dengan perkembangan itu, jumlah kumulatif kes positif di Malaysia adalah 9,038 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan di negara ini sebanyak 200 kes.

Ketua Pengarah Kesihatran, Dr Noor Hisham Abddullah turut memberi perincian kes penularan Covid-19 dalam negara yang membabitkan warga negara.

Katanya, enam kes penularan tempatan adalah daripada kluster PUI Sivagangga. Kes ini bermula dari pemilik restoran nasi kandar di Napoh, Jitra Kedah.

“Daripada jumlah ini,  dikesan positif Covid-19, 1,617 negatif dan 704 masih menunggu keputusan.

Menurutnya, semua enam kes berkenaan adalah kes generasi kedua kluster itu dengan lima daripadanya merupakan satu keluarga, yang mempunyai sejarah mengunjungi salah satu kawasan yang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran, di negeri Kedah.

“Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah untuk rawatan. Punca jangkitan dalam keluarga tersebut, adalah masih di dalam siasatan,” katanya dalam sidang media harian mengenai perkembangan pandemik itu, di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, satu lagi kes daripada kluster berkenaan pula mempunyai kontak rapat kepada ahli keluarganya, yang pernah mengunjungi kedai makan yang terbabit dalam kluster ini.

“Individu berkenaan mula mengalami gejala saluran pernafasan pada 2 Ogos. Kes kemudiannya dikesan positif Covid-19 pada 5 Ogos lalu, dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

“Ahli keluarganya turut disaring untuk Covid-19 dan masih menunggu keputusan,” katanya menambah bahawa pihaknya akan meneruskan saringan kontak rapat kes-kes positif kluster ini, dan aktiviti pengesanan kes secara aktif.

Selain enam kes penularan tempatan di Kedah, beliau memberi butiran kes lain seperti berikut:

  • Negeri Sembilan - satu kes saringan di tempat kerja.
  • Wilayah Persekutuan Labuan - satu kes saringan di Pintu Masuk Antarabangsa, Labuan.

Bagi kes jangkitan dalam negara, katanya, dua yang dicatatakan itu adalah di kalangan bukan warganegara. Butirannya pula adalah seperti berikut:

  • Negeri Sembilan - satu kes saringan tahanan yang merupakan Pendatang Asing Tanpa Izin.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - satu kes saringan komuniti bersasar.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan terdapat 11 kes pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif pulih 8,713 kes atau 96.4 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes atau 1.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Dia berkata, sehingga kini, terdapat dua kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

 

Lihat Komen
ADS