Lima puluh kawasan di Petaling akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan kejadian paip pecah di Persimpangan Jalan Kerinci, Bukit Angkasa kira-kira jam 9 malam tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata bekalan air akan ditutup pada jam 12 tengah malam ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan dijangka siap jam 12 tengah hari esok.

Beliau berkata bekalan air akan disalur ke kawasan terjejas selepas kerja-kerja pembaikan siap.

Katanya Air Selangor menjangkakan bekalan air pulih sepenuhnya pada 6 petang esok.

"Bantuan air melalui lori tangki akan digerak ke kawasan terlibat bagi membantu pengguna terjejas," katanya dalam kenyataan malam ini.

Kawasan yang terlibat ialah:

  • Taman OUG
  • Bukit OUG
  • Taman Perindustrian OUG
  • Taman Bukit Indah
  • Taman Nam Fong
  • Taman Tan Yew Lai
  • Pusat Perniagaan Kinrara & Apartment Lavender
  • Taman Kinrara
  • Taman Lucky Puchong
  • Taman Pandyan
  • Taman Kanagapuram (Seksyen 18 PJ)
  • Seputeh
  • Taman Halimahton
  • Taman Bukit Desa
  • Taman Lee Yan Lian
  • Petaling Bahagia
  • Taman Bukit Indah
  • Taman Desa
  • Taman Angkasa Puchong
  • Taman Puchong Indah
  • Gasing Indah
  • Jalan Klang Lama Batu 3 hingga Batu 8
  • Taman Seri Sentosa
  • Taman Kandan
  • Kuarters JKR Batu 6 1/2 Puchong
  • Kem TUDM Kinrara
  • Taman Park Siong
  • PJ New Town
  • PJ Old Town
  • Seksyen 1 hingga Seksyen 8 PJ
  • Seksyen 9 -13 PJ
  • Seksyen 52
  • Jalan Gasing
  • Jalan Tandang
  • Jalan Kilang
  • Lorong Asrama Pantai Dalam
  • Kampung Pasir
  • Kampung Dato Tatah
  • Pantai Dalam
  • Pantai Hill Park
  • Pantai Permai
  • Angkasapuri
  • Kerinchi
  • KL Gate Way Kerinchi
  • Rumah Pangsa PKNS Pantai Dalam
  • Seksyen 22, PJ
  • Seksyen 14, PJ
  • Seksyen 51A
  • SS9
  • Sebahagian SS9A

- Bernama