Jumlah kes Covid-19 di seluruh dunia melepasi 19 juta
Diterbitkan: Aug 7, 2020 11:18 AM
GLOBAL l Lebih 713,000 orang meninggal dunia kerana pandemik ini, kata universiti itu.
Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia telah melebihi 19 juta.
Agensi berita Sputnik, memetik data John Hopkins University melaporkan jumlah sebenar kes Covid-19 adalah 19,007,938 pada Jumaat, 02.00 GMT.
Lebih 713,000 orang meninggal dunia kerana pandemik ini, kata universiti itu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengumumkan penularan Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac. Sebilangan besar kes setakat ini didaftarkan di Amerika Syarikat, Brazil dan India.
- Bernama

