Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: 12 kes baru dari kluster Sivagangga termasuk 10 di Perlis
Diterbitkan:  Aug 7, 2020 5:56 PM
Dikemaskini: 10:14 AM

KORONAVIRUS | Sebanyak 25 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi dengan 12 daripadanya adalah dari kluster Sivagangga.

Jumlah ini termasuk 10 jangkitan baru di Perlis, satu kes baru di Pulau Pinang dan satu kes di Kedah.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, sepuluh kes baru yang dilaporkan di Perlis hari ini merupakan ahli keluarga kepada pesakit ke 9,054 yang mendapat jangkitan itu dari sebuah restoran nasi kandar di Kedah.

Jangkitan baru di Pulau Pinang itu pula merupakan kes pertama sejak 26 April lalu.

Ini menjadikan jumlah jangkitan dari kluster Sivagangga kini adalah sebanyak 43 kes, dengan 883 orang telah disaring dan sedang menunggu keputusan ujian.

Sementara itu, dua kes Covid-19 direkod di Perak yang merupakan kes Influenza Like Illness (ILI) dan satu kes di Kuala Lumpur membabitkan kes saringan bergejala, menjadikannya jumlah keseluruhan penularan dalam negara adalah sebanyak 15 kes.

Hanya satu kes membabitkan bukan warganegara daripada saringan tahanan yang merupakan pendatang tanpa izin di Johor.

Dr Noor Hisham dalam kenyataannya berkata, sembilan jangkitan lain yang dilaporkan hari ini merupakan kes import.

Sembilan kes import tersebut adalah dari Filipina (4 kes di Sabah); Emiriah Arab Bersatu (1 kes di Selangor); Turki (1 kes di Selangor); Djibouti, Afrika Timur(1 kes di Kuala Lumpur); Australia (1 kes di Kuala Lumpur) dan Yaman (1 kes di Sarawak).

Beliau juga memaklumkan dua kes positif masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Bagaimanapun tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 125 kes.


Lihat Komen
ADS