Malaysiakini
BERITA

Mohamad Hasan tanding Rembau? Belum ada keputusan, kata Zahid

Bernama

Diterbitkan

Barisan Nasional (BN) belum mengenal pasti calon-calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak, kata Pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno berkata parti itu juga belum mengenal pasti kawasan yang akan ditandingi.

"Belum ada keputusan yang dibuat, belum ada kawasan dikenal pasti. Jauh daripada mengenal pasti calon. Maka perkara itu (siapa bertanding di mana) belum timbul lagi," kata Ahmad Zahid kepada pemberita selepas melancarkan Jentera BN Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim dan Penyerahan Bahagian Angkat di Dewan Felda Jaya, Trolak di Tanjung Malim, Perak hari ini.

Ahmad Zahid mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan ketika merasmikan Mesyuarat Umno Cawangan Sri Kota semalam yang mengumumkan akan bertanding di Parlimen Rembau pada PRU-15 kelak.

Selain itu, Ahmad Zahid juga berkata BN, Umno, PAS dan Bersatu telah membentuk satu jawatankuasa perunding bagi membincangkan agihan kerusi menjelang PRU akan datang.

"Apabila tiba masa, setelah penyelesaian peringkat parti masing-masing maka jawatankuasa ini akan duduk berbincang mengenai pembahagian kerusi dan hanya akan dimuktamadkan oleh presiden parti masing-masing," katanya sambil menambah setakat ini belum ada perbincangan terperinci dibuat.

- Bernama

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.