Malaysiakini
BERITA

'Panglima KKM' Dr Rohaizat kembali ke medan perang Covid-19

Diterbitkan

Setelah dua bulan hilang daripada pandangan pengamal media, hari ini kelibat Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Rohaizat Yon yang digelar panglima perang KKM muncul semula pada sidang media Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memulakan sidang media beliau hari ini dengan pengumuman bahawa Dr Rohaizat kembali berkhidmat sehingga akhir tahun.

Difahamkan, Dr Rohaizat melaporkan diri di KKM pada 6 Ogos lepas.

Selepas sidang media di KKM hari ini berakhir, Dr Rohaizat yang kelihatan ceria mengambil kesempatan mendekati wakil media yang sedang sibuk menulis berita untuk bertanya khabar.

Wakil media yang hadir turut mengucapkan selamat kembali ke KKM kepada beliau.

Dr Rohaizat bersara wajib pada 10 Jun selepas berkhidmat selama 35 tahun 10 hari.

Pengumuman persaraan Dr Rohaizat oleh Dr Noor Hisham menyentuh hati wakil media ketika itu apabila ketua pengarah Kesihatan sebak sambil menggelarkan Dr Rohaizat sebagai panglima perang beliau.

- Bernama

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.