Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zambry dilantik pengerusi baru MAHB
Diterbitkan:  Aug 11, 2020 10:12 PM
Dikemaskini: 2:14 PM

Bekas menteri besar Perak Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai pengerusi bukan bebas dan bukan eksekutif Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), berkuatkuasa esok (12 Ogos).

Pelantikan itu diumumkan Bursa Malaysia di laman sesawangnya hari ini.

Zambry yang juga anggota Parlimen Pangkor menggantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Zainun Ali yang dilantik ke jawatan itu pada 18 Januari 2019.

MAHB dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, Zainun meletakkan jawatannya selepas penutupan urus niaga Bursa Malaysia hari ini.

"MAHB dan ahli lembaga pengarah ingin menyatakan penghargaan kepada Zainun atas sumbangan tidak ternilainya sepanjang bersama syarikat. Zainun telah bertindak untuk kepentingan Kumpulan pada setiap masa dan amat teliti dalam memastikan standard integriti dan tata kelola korporat tertinggi.

"Dia baru-baru ini dilantik sebagai salah seorang pesuruhjaya dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), selain menjadi anggota lembaga penasihat Rangkaian Global Integriti Kehakiman PBB," menurut MAHB.

Dalam kenyataan tersebut, MAHB turut mengalu-alukan pelantikan Zambry sebagai pengerusi bukan bebas dan bukan eksekutif yang baru.

Lihat Komen
ADS