Malaysiakini
BERITA

Bersatu Kota Tinggi terbubar, lebih ramai dijangka mengikut

Diterbitkan
Dikemaskini 12 Ogs 2020, 4:00 pagi

Bersatu Kota Tinggi didakwa terbubar selepas 15 anggota jawatankuasa bahagian itu - termasuk ketuanya, Baser Senin - meninggalkan parti berkenaan. Turut terkesan ialah lapan daripada 13 cawangan di bawah bahagian terbabit.

Malaysiakini dimaklumkan, akan ada lagi tindakan seumpama itu berlaku walaupun pemimpin Bersatu Johor menegaskan mereka masih kukuh dan menyokong Muhyiddin Yassin.

Dalam kenyataan dikeluarkan pagi ini, Baser berkata keputusan mereka untuk meninggalkan Bersatu dibuat dalam mesyuarat diadakan malam tadi.

Katanya mereka sudah hidang keyakinan kepada Muhyiddin dan pemimpin lain dalam Bersatu.

"Keputusan ini dibuat kerana kepemimpinan sekarang sudah mengkhianati mandat rakyat," katanya.

Mereka kemudian menyatakan sokongan kepada bekas pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad, dan tidak menolak kemungkinan untuk menyertai parti baru yang diasaskan oleh bekas perdana menteri terbabit.

Untuk rekod, sebelum ini Mahathir merupakan pengerusi Bersatu dan mengikut perlembagaan parti berkenaan, ia merupakan kedudukan yang tertinggi dalam hierarki parti.

Armada Bayan Baru bertindak sama

Bagaimanapun masalah timbul apabila Muhyiddin membawa Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan - yang mendapat mandat rakyat dalam PRU ke-14 lalu - untuk bekerjasama dengan Umno, PAS serta BN.

Mahathir enggan mengikut langkah Muhyiddin. Keanggotaan Mahathir dan penyokongnya - termasuk seorang bekas setiausaha politik Muhyiddin suatu ketika dulu, Shahruddin Md Salleh - digugurkan.

Mahathir pada 7 Ogos lalu mengumumkan langkahnya menubuhkan parti baru berasaskan keanggotaan orang Melayu. Bagaimanapun butiran lanjut mengenai gerakan itu belum banyak diketahui.

Sementara itu sumber memberitahu Malaysiakini akan ada lebih ramai orang yang akan meninggalkan Bersatu pada hari-hari mendatang.

Shahruddin yang juga anggota parlimen Sri Gading percaya gerakan itu mungkin mencecah sehingga 70 peratus daripada keseluruhan anggota Bersatu di Johor.

Seorang Adun kanan Bersatu juga memberitahu Malaysiakini minat dalam kalangan akar umbi parti itu untuk menyertai parti Mahathir adalah "cukup jelas".

Sebelum ini semasa krisis Langkah Sheraton berlaku 19 daripada 26 ketua bahagian Bersatu di Johor menyatakan sokongan mereka kepada Mahathir selepas Muhyiddin dilaporkan memberi lampu hijau agar kerajaan negeri itu ditukar.

Tidak dapat dipastikan sama ada kesetiaan sebegitu masih kekal dan pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang, ketika ini bersama dengan kerajaan PN.

Malaysiakini difahamkan Bersatu cawangan Sedili di Kota Tinggi tidak menyertai tindakan berkenaan. Ketuanya Rasman Ithnain juga berkata dia akan kekal bersama Bersatu.

Sementara itu di Pulau Pinang, Pemuda Bersatu (Armada) Bayan Baru turut menyatakan keputusan mereka untuk meninggalkan parti berkenaan apabila 14 anggota jawatankuasanya meletak jawatan.

Antaranya ualah pengerusi, ketua dan penolong setiausaha Armada.

"Oleh yang demikian, kami melarang nama kami diguna pakai dan dikaitkan dalam apa jua bentuk aktiviti, program atau mesyuarat yang berkait dengan Bersatu berkuat kuasa serta merta," kata mereka dalam kenyataan hari ini.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.