Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ustaz berdepan pertuduhan rogol, liwat pelajar 14 tahun

Seorang guru lelaki bergelar ustaz didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Kelantan, hari ini, atas empat pertuduhanan merogol dan satu tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang pelajarnya yang berusia 14 tahun.

Dalam pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh didakwa merogol remaja berusia 14 tahun itu pada 3, 10, 17 dan 24 Julai, di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Tumpat, kira-kira jam 2.30 petang.

Bagi empat pertuduhan itu dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Bagi pertuduhan kelima, dia didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii kira-kira jam 3 petang di lokasi sama pada 1 Ogos.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Bagaimanpun tertuduh yang berusia 30 tahun itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Mohd Rosly Mohamed Nawi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizuan Sulaiman, manakala tertuduh yang bekerja di sebuah sekolah menengah agama itu tidak diwakili peguam.

Mahkamah juga tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh dan menetapkan 13 September untuk sebutan semula kes.

Lihat Komen
ADS