Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa bekas ketua setiausaha negara, Ali Hamsa memberitahu bekas ketua audit negara Ambrin Buang supaya tidak memasukkan pendapatnya dalam laporan audit akhir 1MDB.

Tampil sebagai saksi pendakwaan keenam, Ambrin memberi keterangan bahawa perkara itu berlaku dalam pertemuan antara dirinya, Ali, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan beberapa yang lain pada 24 Februari 2016.

Ambrin memberi keterangan hari ini semasa prosiding pindaan laporan audit 1MDB yang membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak yang dituduh bersama Arul Kanda.

Mesyuarat pada 24 Februari 2016, adalah pertemuan penting dengan beberapa keputusan didakwa dibuat agar beberapa isu kontroversi digugurkan dari laporan audit akhir 1MDB.

Pada 10 Ogos tahun ini semasa pemeriksaan balas oleh pasukan pembelaan Najib, Ambrin memberi keterangan bahawa langkah kerajaan membenarkan 1MDB menyemak halaman demi halaman laporan Jabatan Audit Negara (JAN) terhadap syarikat itu sebagai satu penghinaan.

Sepanjang tarikh perbicaraan itu, Ambrin juga memberi keterangan bahawa dia diberitahu supaya menyimpan pendapatnya kepada diri sendiri dan bahawa pendapatnya perlu dikeluarkan dari laporan audit 1MDB. Namun, tidak jelas siapa yang mengarahkannya supaya menyimpan pendapatnya sendiri.

Hari ini semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela utama Arul Kanda, N Sivananthan, Ambrin menjelaskan bahawa Ali menyuruhnya supaya mengeluarkan pendapatnya dari laporan audit 1MDB.

"Adalah sukar, hampir seperti arahan, Ketua Setiausaha Negara mahu membuang pendapat saya dari laporan (audit) saya sendiri (mengenai 1MDB).

"KSN (Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Ali) mahu memastikan pendapat (Jabatan Audit Negara) kami (mengenai 1MDB) dikeluarkan," kata Ambrin.

Saksi itu menjawab demikian semasa pemeriksaan balas oleh Sivananthan.

Semasa prosiding pada 16 Jun, Ali juga selaku saksi pendakwaan memberi keterangan bahawa Ambrin tidak ditekan atau diintimidasi untuk mengubah laporan audit mengenai 1MDB.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS