Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Berita palsu burukkan MP Batu Kawan pada 2018 ditularkan lagi
Diterbitkan:  Aug 13, 2020 3:23 PM
Dikemaskini: 7:23 AM

Seorang ahli parlimen DAP menggesa pihak berkuasa bertindak ke atas pihak yang bertanggungjawab menyebarkan semula gambarnya bersama gesaan kononnya mahu masjid digantikan dengan gereka.

Anggota Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto, berkata gambar dan kenyataan palsu dikaitkan dengannya itu pernah disebar enam tahun lalu.

Ketika ini, katanya, gambar sama disebarkan sekali lagi sejak minggu lepas.

Dalam mesej teksnya kepada Malaysiakini, Kasthuriraani berkata, tindakan juga perlu dikenakan ke atas mana-mana individu yang menyebarkan kenyataan palsu berkenaan.

"Saya menggesa Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan polis bertindak segera terhadap mana-mana pihak yang berkongsi berita palsu sebegini.

"Ia akan menjadi contoh kepada orang ramai melihat bagaimana tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mereka yang menyebarkan berita palsu.

"Saya berharap pihak berkuasa mengambil langkah segera seperti mereka lakukan terhadap orang kenamaan yang berdepan dengan serangan seperti ini," katanya.

Untuk rekod melalui imej dan kenyataan palsu yang ditularkan itu Kasthuriraani kononnya menyokong pandangan anggota parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang mahu semua masjid di negara ini dijadikan gereja.

Kenyataan yang didakwa dibuat Kok itu juga sebenarnya palsu.

Ia beredar selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum pada 2018. Menurut Kasthuriraani dia sudah membuat laporan polis apabila mengetahui berita palsu tersebut.

Melalui imej palsu itu Kasthuriraani kononnya memberitahu DAP akan membuka lebih 5,000 pusat judi dan rumah urut di kawasan Batu Kawan dan DUN Perai di Pulau Pinang.

"Gambar palsu ini kembali tular selepas enam tahun. Saya tak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu.

"Ada tiga laporan polis dibuat pada 2018. Polis memberitahu seorang pemilik akaun Facebook dikesan di sebuah hospital," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS