Malaysiakini
BERITA

Suspek jual organ manusia serah diri di IPD Kuching

Bernama

Diterbitkan

Seorang lelaki berusia 48 tahun yang baru-baru ini mendedahkan penglibatannya dalam pemerdagangan organ manusia di seluruh dunia kepada akhbar Britain, ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di Kuching hari ini

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar M M Sree berkata suspek tampil di IPD itu pada 1.45 tengah hari tadi, selepas menyedari dirinya diburu polis berikutan pendedahannya kepada seorang wartawan The Sun yang menyamar, bahawa suspek dipercayai broker menawarkan penjualan buah pinggang yang diperoleh daripada mangsa miskin.

“Lelaki itu akan direman pagi esok untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” kata Dev Kumar dalam kenyataan melalui WhatsApp.

Dalam artikel pada 8 Ogos, The Sun melaporkan lelaki itu telah memberitahu kepada wartawannya yang dia boleh menawarkan pakej pelancongan pemindahan organ secara haram untuk warga Britain.

Dalam artikel itu, suspek digambarkan sebagai broker jahat yang telah mendalangi 45 penjualan buah pinggang secara haram dan menggunakan Facebook untuk menarik mangsa yang dilanda kemiskinan dari seluruh dunia untuk menjual organ mereka kepada pesakit yang amat memerlukan.

- Bernama

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.