Malaysiakini
BERITA

Kanak-kanak perempuan maut lepas tertinggal 10 jam dalam kereta bapa

Bernama

Diterbitkan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui meninggal dunia, selepas hampir 10 jam tertinggal di dalam kereta bapanya di Bukit Makmur, Sungai Lalang, Sungai Petani, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata, kejadian hanya disedari bapa mangsa yang berumur 30-an itu, ketika hendak pulang ke rumah dari tempat kerjanya pada 6.20 petang.

“Sebelum kejadian, bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori itu telah menghantar kakak mangsa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Bayu, Sungai Petani pada 7.30 pagi, sebelum terus ke tempat kerjanya di Bukit Makmur, Sungai Lalang.

“Bapa mangsa sepatutnya menghantar mangsa ke rumah neneknya di Kampung Bukit, Sungai Pasir, namun terlupa bahawa mangsa berada di dalam kereta dan sedang tidur di bahagian tempat duduk belakang,” katanya dalam kenyataan di hari ini.

Adzli berkata, selepas sampai ke tempat kerja, bapa mangsa keluar memandu lori ke beberapa kawasan, sebelum pulang semula ke tempat kerja berkenaan pada 4.30 petang dan terus masuk ke bangunan pejabat, untuk menguruskan kerja lain.

“Selepas selesai bekerja, bapa mangsa telah pergi ke kereta sebelum melihat mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, di bahagian tempat duduk belakang kereta.

“Bapa mangsa terus membuat panggilan kecemasan untuk memaklumkan kejadian itu, bagaimanapun kanak-kanak itu disahkan telah meninggal dunia dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk bedah siasat,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

- Bernama

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.