Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Guan Eng: PN mahu 'balas dendam' dengan kaji semula penurunan kadar tol Plus
Diterbitkan:  Aug 14, 2020 3:04 PM
Dikemaskini: 7:04 AM

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil tindakan atas “balas dendam politik” apabila menyatakan hasrat untuk mengkaji semula penurunan kadar tol lebuh raya sebanyak 18 peratus yang dikendalikan oleh Plus Malaysia Bhd.

“Jelas PN sedang melakukan balas dendam politik dengan merombak sedikit demi sedikit dasar yang dilaksanakan Pakatan Harapan (PH), termasuk diskaun tol sebanyak 18 peratus.

”Dengan balas dendam ini, PN lupa bahawa mereka telah menghukum rakyat yang menggunakan Lebuh Raya Plus, yang akan menjimatkan sebanyak RM500 juta hanya pada tahun 2020 dari pengurangan tol tersebut.

“Kerajaan juga dapat jimat sehingga RM600 juta hanya pada tahun 2020 kerana tidak perlu bayar pampasan kepada Plus kerana penangguhan kenaikan tol,” kata Lim yang juga merupakan bekas menteri kewangan.

Selain itu, Lim turut mengingatkan bahawa dengan penghapusan tol sebanyak 18 peratus itu akan menyulitkan keadaan pengguna jambatan Pulau Pinang.

Hal ini kerana, pengguna jambatan Pulau Pinang terpaksa membayar RM7 dari harga asal, RM5.74 atau RM4.59 jika pengguna itu menggunakan RFID dari negeri itu.

Memandangkan Plus Malaysia memiliki banyak tol lebuh raya di seluruh negara, Lim berkata tindakan kerajaan untuk mengkaji semula diskaun tol sebanyak 18 peratus harus dihentikan sekiranya kerajaan PN mengambil kira kepentingan orang ramai.

Diskaun tol sebanyak 18 peratus itu telah dilaksanakan oleh PH pada Februari lalu untuk memenuhi janji manifesto berkenaan penghapusan tol secara beransur-ansur.

Bagi lebuh raya yang dikendalikan oleh Plus Malaysia, harga tol telah ditetapkan secara kekal.

Lim berkata demikian merujuk kepada kenyataan Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof yang menyifatkan semakan diskaun tol itu perlu kerana memberi kesan terhadap lebuh raya lain.

“Apa kesan terhadap tol dari lebuh raya baru yang masih dibina? Apa kesan terhadap perancangan lebuh raya baru? Apa langkah yang ingin kita ambil?

“Ini adalah perkara yang perlu dibincangkan dan ini adalah soal dasar,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Lihat Komen
ADS