Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
PM menghadap Sultan Johor pagi tadi
Diterbitkan:  Aug 15, 2020 1:48 PM
Dikemaskini: 6:03 AM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di Johor Bahru.

Ketibaan pemimpin utama negara yang menaiki kenderaan rasmi dirakam di pintu masuk istana itu pada 9.30 pagi tadi.

Turut kelihatan memasuki perkarangan istana ialah kenderaan rasmi yang dinaiki barisan pemimpin kerajaan negeri.

Kunjungan itu merupakan kunjungan rasmi kedua Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh ke atas Sultan Johor selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lepas.

Pada pertemuan pertama 19 Mac lalu, Muhyiddin mempersembahkan perkembangan terkini Covid-19 kepada Sultan Ibrahim.

Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gambir dilihat meninggalkan istana pada 10.40 pagi dan beliau dijadualkan menghadiri Sesi Townhall Bersama Penjawat Awam Negeri Johor di Hotel Thistle di sini selepas itu.

Sementara itu, menerusi laman Facebook Sultan Ibrahim mengesahkan berkenan menerima menghadap Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Turut berkenan berangkat pada majlis menghadap itu ialah Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah serta Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che' Puan Khaleeda Bustamam.

Antara pemimpin kerajaan negeri dan pusat yang hadir ialah Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dan isteri, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan isteri serta Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani dan isteri.

Muhyiddin serta tetamu-tetamu kehormat turut diraikan dalam satu majlis santapan bersama baginda dan keluarga diraja Johor.

- Bernama

Lihat Komen
ADS