Menteri: Kjaan timbang semula bina insinerator jika ada alternatif lain
Kerajaan akan menimbang semula pembinaan insinerator di Broga, Semenyih jika terdapat alternatif lain yang lebih mesra alam dengan kos penyelenggaraan yang rendah, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting.

Cadangan menempatkan insinerator di Broga mendapat bantahan penduduk kawasan berkenaan.
Kata, kerajaan masih mengkaji kemungkinan membina insinerator tersebut bagi mengurus dan merawat sisa pepejal.
"Kabinet telah beberapa kali berbincang untuk membina insinerator di Broga, serta alternatif lain yang boleh menjimatkan kos dan yang sesuai dengan alam sekitar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan Pergerakan Pemuda dan Wanita MCA Negeri Selangor di Kuala Lumpur.
Menurut Bernama, sebelum itu, dalam ucapannya, Ong menyeru Pemuda dan Wanita MCA Selangor supaya lebih aktif dalam usaha menarik lebih ramai golongan muda menyertai parti itu.
"Ramai yang berumur antara 21 dan 35 tahun belum menyertai mana-mana parti dan inilah masanya untuk MCA menambah ahlinya," katanya.