NAM kutuk serangan tentera Israeli di Gaza
Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) mengutuk dan menyifatkan serangan tentera Israel ke atas Gaza sebagai 'keterlaluan' dan menggesa supaya dihidupkan semula pelan damai Timur Tengah.
Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) mengutuk dan menyifatkan serangan tentera Israel ke atas Gaza sebagai 'keterlaluan' dan menggesa supaya dihidupkan semula pelan damai Timur Tengah.
Pengerusi pergerakan 116 anggota itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Israel telah menggunakan kekuatannya dan tindakannya menahan para pegawai Palestin telah merungkai proses damai.
"Kita mengutuk tindakan Israel menggunakan kekuatan yang keterlaluan di Gaza, yang telah mengakibatkan kematian dan kemusnahan," kata Abdullah dalam mesejnya di Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan (G8) di Russia, yang bermula hari ini.
"Tindakan tersebut telah menyukar proses damai dan menjejaskan tugas-tugas Presiden Palestin Mahmud Abbas ... untuk mencari penyelesaian kekal politik berasaskan kepada penyelesaian dua negara," katanya.
Sidang kemuncai G8 yang diadakan di Saint Petersburg, dihadiri pemimpin Amerika Syarikat, Russia, Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Itali dan Jepun.
Peningkatan keganasan di Timur Tengah dijangka menjadi tajuk utama di sidang tersebut, di mana ia turut dihadiri empat anggota kumpulan perunding damai Timur Tengah Amerika, Russia, Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Kita akan menggesa G8 di mana beberapa anggotanya menjadi anggota kumpulan perunding damai tersebut dan Majlis Keselamatan PBB, supaya mengambil usaha yang serius untuk menghidupkan kembali pelan damai tersebut," kata Abdullah.
"Ia masih merupakan cara terbaik untuk mencapai kemajuan ke arah mencari penyelesaian muktmad terhadap konflik Israel-Palestin," katanya.
Krisis kemanusiaan
Israel hari ini meneruskan serangan udaranya ke atas Gaza, yang merupakan sebahagian daripada operasi yang dilancarkan selepas seorang anggota tenteranya diculik oleh puak militan Palestin pada 25 Jun lalu.
Sekurang-kurang 76 penduduk Palestin dan seorang anggota tentera Israel terbunuh sejak ia melancar serangan ke atas Gaza, yang menurut PBB, akan mencetuskan krisis kemanusiaan.
Masyarakat antarabangsa juga telah merayu supaya dikembalikan keamanan di wilayah tersebut ekoran serangan tentera Israel ke atas Lebanon sebagai membalas serangan puak Shiah, Hezbollah ke atas tentera dan bandar-bandar Israel.
Abdullah menggesa masyarakat antarabangsa supaya menghormati kerajaa Palestin pimpinan Hamas, yang kini tidak lama memperolehi bantuan antarangbangsa.
"Mesti berbincang dengan kerajaan baru melalui hubungan dan dialog, bukannya memulaukannya," tambah Abdullah.
Malaysia kini menjadi pengerusi NAM, kumpulan negara-negara sedang maju yang ditubuhkan sewaktu Perang Dingin sebagai alternatif kepada blok kuasa Timur dan Barat.
Sejak kejatuah regim komunis, NAM sentiasa berusaha untuk kekal releven.
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.