Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Sept ini untuk mendengar permohonan Musa Aman dan 32 lagi Adun untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pembubaran dewan undangan negeri Sabah.

Mahkamah juga menetapkan tarikh yang sama untuk mendengar rayuan 33 Adun terbabit berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai pembubaran DUN Sabah.  

Tiga hakim bersidang hari ini diketuai Yaacob Md Sam.

Pada 21 Ogos lalu Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak permohonan Musa dan Adun yang menyokongnya untuk mendapatkan semakan kehakiman terhadap pembubaran DUN Sabah.

Ia dilakukan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin, selepas mendapat nasihat Ketua Menteri, Mohd Shafie Apdal. 

Selain Yaacob dua hakim lain yang bersidang hari ini ialah P Ravinthran dan Ahmad Nasfy Yasin.

Mereka membuat keputusan berkenaan tarikh itu selepas peguam Musa, Tengku Fuad Tengku Ahmad memberitahu Jabatan Peguam Negeri Sabah dan Jabatan Peguam Negara (AGC) hanya menerima notis bagi usul penggantungan keputusan mahkamah tinggi itu pada Jumaat lalu.

Justeru, kataya, mereka memerlukan masa bagi membalasnya.

“Kami menetapkan 7 Sept untuk mendengar permohonan bagi penangguhan, dan juga hari yang sama untuk mendengar rayuan bagi membenarkan pihak yang terlibat mengemas kini afidavit,” kata Yaacob.

Jumaat lalu permohonan 33 Adun Sabah terbabit untuk mencabar keputusan Juhar membubarkan DUN pada 30 Julai ditolak Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim

Shim berkata Mohd Shafie - yang menjadi responden kedua dalam kes itu - bertindak menurut Perlembagaan Sabah semasa memohon kepada Juhar - yang dinamakan sebagai responden pertama - membubarkan DUN.

Menurutnya pengisytiharan pembubaran DUN itu juga mengikut perlembagaan dan sah.

[Baca berita penuh]

ADS