Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah benar Musa Aman buat rayuan isu jawatan KM Sabah

Musa Aman diberi kebenaran oleh Mahkamah Persekutuan hari ini untuk meneruskan rayuannya untuk diisytiharkan sebagai ketua menteri Sabah yang sah.

Dalam keputusan berpecah 2-1, mahkamah yang dibarisi tiga panel hakim memberikan kebenaran kepada bekas ketua menteri Sabah itu semasa prosiding terbuka petang ini.

Ketua panel hakim, Mohd Zawawi Salleh, satu-satunya yang tidak bersetuju untuk memberikan kebenaran untuk membuat rayuan itu.

Keputusan majoriti diberikan oleh dua panel yang lain, hakim Mahkamah Persekutuan Abdul Rahman Sebli dan Zabariah Mohd Yusof.

Mahkamah kemudian akan menetapkan tarikh untuk mendengar keputusan rayuan.

Pada 28 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Musa terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengenepikan samannya untuk diisytiharkan sebagai ketua menteri Sabah yang sah.

Mahkamah Tinggi telah menyatakan saman itu sebagai "akademik".

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS