Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Annuar: Umno setuju terima Bersatu dalam Muafakat Nasional
Diterbitkan:  Aug 26, 2020 6:40 PM
Dikemaskini: 10:40 AM

Umno telah bersetuju untuk Bersatu menyertai Muafakat Nasional (MN), kata Setiausaha Bersama Sekretariat MN, Annuar Musa.

"Umno amat prihatin dan mengambil berat akan usaha menyatupadukan orang Melayu dan membina kekuatan kelompok teras Melayu Islam. Ia adalah satu kewajipan dan keutamaan yang menjadi asas kepada perjuangan Umno itu sendiri.

"Atas dasar itu Umno telah bersetuju supaya Muafakat Nasional menerima penyertaan Bersatu dan ingin melihat dengan penyertaan tersebut, penyatuan dan perpauan orang Melayu bertambah mantap lagi selaras dengan piagam Muafakat Nasional yang termaktub sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan,hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga setiausahan agung BN berkata ketetapan itu dibuat Biro Politik Umno setelah membincangkan perkembangan terbaru tersebut pada 23 Ogos lalu.

Perbincangan itu turut melibatkan semua pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri serta pengerusi BN Negeri.

"Umno dan PAS secara komited telah membentuk gagasan Muafakat Nasional kerana menginsafi bahawa kuasa politik orang Melayu dan umat Islam semakin lemah lantaran perpecahan yang semakin parah.

"Sejak tertubuh, kita bersyukur kerana MN semakin diterima rakyat pelbagai kaum dan diperlihatkan dengan kemenangan demi kemenangan dalam siri-siri PRK yang diadakan.

"Alhamdulillah, pada 23 Ogos lalu selain turut melibatkan semua pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri serta pengerusi BN Negeri," katanya

Pada 21 Ogos lalu Malaysiakini melaporkan Umno akhirnya menjelaskan polemik penyertaan Bersatu apabila mengesahkan telah menghantar jemputan kepada parti itu untuk menyertai gabungan yang diasaskan bersama PAS.

Perkara itu disahkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di Twitter, dengan mengatakan surat itu ditandatangani olehnya dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Zahid juga berkata, keputusan itu dicapai berdasarkan mesyuarat yang dipengerusikan oleh timbalan presiden dari Umno dan PAS.

Lihat Komen
ADS