Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anak Mukhriz minta maaf langgar SOP PKP
Diterbitkan:  Aug 29, 2020 8:49 AM
Dikemaskini: 12:52 AM

Meera Alyanna Mukhriz memohon maaf atas tindakannya selepas dia ditangkap dan didenda pada minggu lalu kerana melanggar perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Pada catatan di akaun Instagramnya malam tadi, anak sulung Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir itu mengaku dirinya sebagai "tidak bertanggungjawab" kerana berada di tempat berkenaan selepas jam 12:00 yang dibenarkan di bawah PKPP.

"Selama seminggu yang lalu, saya bermuhasabah mengenai akibat daripada tindakan saya, dan saya sangat menyesal. Melanggar had jam malam 12 malam bukan sahaja tidak cerdik di pihak saya, tetapi sama sekali tidak bertanggungjawab mengambil kira wabak yang sedang kita lalui.

"Saya sangat malu dengan apa yang saya lakukan terhadap keluarga saya, rakan-rakan saya dan anda semua.

"Tidak ada alasan apa pun (yang dapat mewajarkan) tindakan saya, dan anda berhak untuk kecewa, tetapi ia tidak melebihi kekecewaan yang saya tanggung untuk diri saya sendiri," kata cucu perempuan berusia 25 tahun kepada perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mukhriz luah rasa kecewa

Dikenal sebagai Ally, dia menjelaskan dia dan suaminya Ezran Daud Cheah ditangkap dan dibawa ke balai polis setelah petugas menyerbu tempat di mana mereka berada kira-kira pukul 1:30 pagi 21 Ogos.

Mereka kemudian membayar denda RM1,000.

"Pegawai polis sangat sopan dan adil terhadap semua orang di sana pada malam itu, dan saya sangat menghormati profesionalisme mereka," katanya.

Mukhriz sebelum ini menyatakan kekecewaannya pada pasangan itu, berkata mereka memang layak dihukum.

Bekas menteri besar Kedah itu juga mengucapkan terima kasih kepada polis kerana mengambil tindakan tegas dan adil terhadap anak perempuan dan menantunya.

Lihat Komen
ADS