Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penjawat awam dilarang guna surat sokongan
Diterbitkan:  Sep 2, 2020 6:53 PM
Dikemaskini: 10:53 AM

PARLIMEN | Kakitangan kerajaan dilarang menggunakan sebarang surat sokongan untuk mempengaruhi mana-mana anggota petadbiran membuat keputusan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan.

Katanya jika ia dilakukan juga penjawat awam terbabit boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan 4(2)(h), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib).

Anggota parlimen Kota Bharu itu menjelaskan pada 2010 erajaan mengeluarkan garis panduan untuk tindakan ke atas sokongan yang diterima daripada pemimpin kerajaan atau mana-mana individu berpengaruh.

Katanya garis panduan tersebut ditandatangani ketua setiausaha negara pada 8 Mac 2010.

"Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan kepada penjawat awam mengenai langkah-langkah yang harus diambil dalam menangani permohonan sokongan yang diterima daripada pemimpin kerajaan, individu berpengaruh atau mana-mana orang mengenai sesuatu urusan kerajaan," katanya.

Takiyuddin yang juga setiausaha agung PAS berkata demikian sebagai menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang meminta perdana menteri menyatakan pendirian Perikatan Nasional (PN) mengenai surat sokongan daripada pegawai kerajaan.

Cha merujuk kepada janji yang diberikan Timbalan Menteri Belia dan Sukar, Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal, semasa berkempen menjelang pemilihan jawatan ketua Pemuda Bersatu baru-baru ini.

Wakil DAP itu juga bertanya mengenai pendirian PN - sama ada bersetuju atau tidak - dengan pendekatan surat sokongan berkenaan.

Kata Takiyuddin garis panduan yang diberikan itu dibuat untuk mengelakkan kakitangan awam terkeliru atau terpegaruh dengan surat sokongan pihak tertentu,

Menurut Takiyuddin lagi, ia juga bertujuan mengekalkan integriti kakitangan awam semasa membuat pertimbangan sesuatu permohonan.

Peraturan 4(2)(h), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) itu menyebut surat sokongan merujuk kepada sebarang bawaan atau cubaan memberi sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar bagi menyokong atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu berupa tuntutannya sendiri atau tuntutan anggota-anggota perkhidmatan awam yang lain.

Lihat Komen
ADS